Putrajaya || Gardatipikornews.com -- Sesi Penyerahan Surat Pemangkuan dan Penempatan bagi jawatan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP6 ke Gred KP7 telah berlangsung pada hari ini. Sesi tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Zakaria bin Shaaban, Ketua Pengarah Imigresen, dan disaksikan oleh YBrs. Dr. Rosbi binti Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Pengurusan).
Seramai seorang (1) orang pegawai telah diberikan penempatan secara hakiki, manakala lima belas (15) orang pegawai telah ditawarkan pemangkuan ke jawatan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP7 berkuat kuasa mulai 19 Oktober 2026.
Jabatan Imigresen Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pegawai yang menerima pemangkuan dan penempatan tersebut. Diharapkan agar amanah dan tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen, integriti dan profesionalisme, seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan Jabatan Imigresen Malaysia serta perkhidmatan awam secara keseluruhannya.
Jurnalis : Agon GTN
Publikasi : Red@ksi.gtn.com