Shah Alam || Gardatipikornews.com -- Ketua Polis Selangor, CP Dato' Pahlawan Shazeli Dato' Kahar, berbesar hati menerima kunjungan daripada Pengerusi Panel Penilai Pertandingan "Anugerah Pengurusan Perumahan Terbaik PDRM" Tahun 2026, ACP Muhammed Rizal Kamarudin, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPK Pahang, bersama delegasi, ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
Kunjungan ini bertujuan untuk memartabatkan Kebajikan Warga PDRM, meningkatkan Standard Pengurusan & Penyelenggaraan, memupuk Semangat Muafakat Komuniti dan membudayakan Amalan Kebersihan & Keselamatan.
Selain itu, pengiktirafan akan diberikan bagi menghargai usaha dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh kontinjen dan pengurusan kuarters dalam mengekalkan kecemerlangan pengurusan perumahan pasukan.
Turut hadir, DCP Mohd Zaini Abu Hassan, Timbalan Ketua Polis Selangor, Supt. Radzi Daud, Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, IPK Kelantan, Supt. Mohd Izham Hj Hamzah, Pengerusi Perumahan Polis, Seksyen 9, DSP Sachinanathan a/l Muniandy, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, IPK Terengganu dan ASP Dino Juniandy Mat Jusoh, ASP, E7A, Cawangan Khas, IPK Pahang.
Jurnalis : Agon GTN
Publikasi : Red@ksi.gtn.com